nak follow mai sini click click :D kalo tak mahu , get lostt !

happy birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers
There was an error in this gadget

Thursday, February 26

sorry guys klu gua ade kutuk korng!

PESANAN DR PEMILIK BLOG:
Adalah disarankan supaya kamus dewan bahasa & pustaka ad disisi anda ketika membaca entri ini. harap maklum.

...LELAKI...
Ada yang agus,
Ada juga yang aghlaf,
Tidak kurang juga yang menyerupai awewek…
Lelaki yang afsun,
Hormat pada wanitanya,
Tetapi…
Lelaki yang ahmak,
Mensia-siakannnya…
Mereka tidak cakna,
Mereka tidak bagak,
Malah…
Mereka seorang yang baken,
Juga seorang yang cacau…
Itulah marcapada,
Yang penuh dengan tipu daya,
Yang penuh dengan egois,
Yang hipokrit,
Yang maknga…
Kadangkala,
Mereka berfikiran yang wanita ini manginal,
Yang tidak memberi sebarang makna,
Di dalam hidup mereka…
Ketika di dalam Asmaralaka,
Wanita ini hanya seperti bandunya,
Yang mereka tidak bisa hidup tanpanya,
Wanita ini adalah atmanya,
Yang bisa membuatkan mereka mati tanpa kehadirannya…
Namun…
Apa yang terjadi selepas itu?
Wanita…
Bagi mereka,
Hanyalah barang hiasan yang murah, yang buruk,
Bukannya..
Seperti intan permata yang Adiwarna…
Tanpa mereka sedari…
Selama ini,
Lelaki tidak ubah seperti maru,
Yang bisa abrit,
Jika dibacakan aksam kepadanya...
Marem dengan kehidupan yang mereka miliki sekarang,
Makramat wanita tidak dipedulikan,
Adhesi wanita diperkotak-katikkan,
Adpis wanita di perolokkan…
Mereka tidak sedar,
Wanita ini umpama Adiratna,
Yang tinggi ajinya…
Mereka,
bukan ampean,
Untuk di candik…
Lelaki…
Tidakkah kamu sedar, wanita ini umpama guruh,
Yang bisa menggegarkan dunia,
Hatta dengan sebelah tangannya…
Akhirulalam…
Lelaki juga yang akan awai,
Kerana wanita yang aktual,
Adalah seorang yang mempunyai bainat,
Untuk menunjukkan bahawa mereka ini,
Layak dikasihi dan mengasihi…