nak follow mai sini click click :D kalo tak mahu , get lostt !

happy birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 30

telah juga selesai
hey kekasih, lihat sini di jari aku ada apa

ini hati engkau yang semalam kau pesan
untuk aku perhati hati-hati dan jaga-jaga;
dan itu, telah aku lakukan.
hey kekasih, mari sini rapat sedikit pada aku
ini masih berdarah, katamu, baru dikeluarkan
untuk aku pertonton tiap saat peliharakan itu;
dan itu, telah juga aku lakukan.
hey kekasih, dekat sini kerana aku ada tanya
inikah hati engkau yang masih merah 'tuk disimpan
untuk aku perhati pertonton buat selama-lama?
kerana itu, telah juga sudah aku lakukan.
hey kekasih, jawab sini dan jangan engkau kaku
ini yang kau sebut suci demiku apakah mainan
untuk aku kau olok-olok, bodoh-bodoh, batu-batu?
kerana itu, telah juga sudah selesai aku lakukan.
ini di jari aku bukan hati merah berdarah suci
cuma tembikar, bersalut getah manggis warnanya.
lihat sini, mari sini, dekat sini, jawab sini;
kerana setelah sudah selesai aku lakukan semua,
ku mahu tahu mana sebenarnya kau punya hati.


dipetik dari puisu fynn jamal,mengasikkan pabila daku mmbca ini

No comments: