nak follow mai sini click click :D kalo tak mahu , get lostt !

happy birthday :)

Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, October 24




kau ingat satu malam kita buat kali pertama berhubung
aku pegun , aku malu , aku senyum
kau mimpi ke dail aku malam tu
sejak malam tu aku fikir kenapa
kenapa aku yang kau hubung
bunga yang lain dah masuk tidur ke

makin hari awan dilangit berkepul kepul
membentuk pelbagai bentuk hati kecil dan semakin besar
makin hari pelangi kerap keluar bermain
seolah mewarnakan hari aku


satu hari hati bertanyakan rama rama
kenapa kau buat aku terasa sedang terbang bila lihat kau terbang
rama rama menjawab pertanyaan hati
karena aku penuhkan kombinasi warna yang ada dalam hati kau
rama rama buat aku ingin terbang dan terus terbang
sehinggakan ke angkasa lepas melepasi bulan

mata menjadi terang bila bertentangan
nafas menjadi lega bila dihampiri
tangan terasa lembut bila bersentuhan
tubuh terasa selamat bila didekati

bila masa tidak mengizinkan
hati terima seadanya kejadian
terasa kosong bila berjauhan
tapi perlu kuat untuk berlawan

kalau tak kenyang bila makan
kalau mandi tak basah badan
kalau tak perlukan minuman
kalau ternganga sendirian
dah sah dimasuki virus khayalan

ke hati mana semangat diberi kalau tidak ke hati sendiri?
ke hati mana kesedaran diberi kalau tidak ke hati sendiri?
ke hati mana seruan diberi kalau tidak ke hati sendiri?
ke hati mana amaran diberi kalau tidakke hati sendiri?
gunakan kuasa yang ada dalam diri !

ape yang terjadi ade hikmah sebaliknya
teruskan hidup dalam kehidupan
jangan dibiarkan diri dirasuk sengsara
maksimumkan kesabaran
dan senyum lebar macam ini orang




No comments: